Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi tahun 2011 & 2012

Posted on March 14th, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA)
KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012
SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

TARIKH: 1 MAC HINGGA 30 APRIL 2010

Masa           :      Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 4.00 petang)

Tempat      :      Pejabat Sekolah SK Sri Subang Jaya

Kelahiran pada :
02.01.2004 – 01.01.2005  (Sesi Persekolahan 2011)
02.01.2005 – 01.01.2006  (Sesi Persekolahan 2012)

Sila bawa bersama :
1.       Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat asal
2.       Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air)
3.       Satu salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga
4.       Sampul surat putih bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm)
5.       Setem 30 sen

Untuk makluman kepada ibu bapa, mulai tahun ini urusan pendaftaran murid tahun satu di Negeri Selangor boleh dilakukan secara Online (dalam talian) melalui sistem Pengurusan, Pemohonan dan Semakan Murid Tahun 1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Capaian kepada sistem boleh dilakukan melalui :

1.   Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/
. (Klik Pendaftaran Murid Tahun 1) atau

2.   Alamat web http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah ini dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.

3 Responses to 'Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi tahun 2011 & 2012'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi tahun 2011 & 2012'.

  1. nurul afizan ismail said,

    on May 17th, 2010 at 11:25 pm

    saLam
    nak tnya . . .
    adik sya teLah diterima masuk ke tahun satu 2011 nanti . . urm
    no.my kids/sb adik saya tidak tepat . . .
    bagaimana hendak membetulkannya ??

  2. Haryati Binti Kasiran said,

    on May 30th, 2010 at 11:49 am

    Saya Haryati Binti Kasiran Ibu kepada anak yang bernama Muhammad Muhkris Huzaimi Bin Fami telah dimaklumkan pendaftaran kemasukkan pelajar darjah satu 2012 telah ditutup sementara waktu oleh keran pihak sekolah ingin memberi laluan kepada pendaftaran lewat kemasukkan 2011 dan proses bagi umur murid yang telah membuat pemohonan sebelum 30 April,dan saya ingin tahu pada masa bilakah yang patut saya mendaftar untuk kemasukan tahun satu pada 2012??

  3. tervinderjit singh said,

    on August 17th, 2010 at 9:51 am

    saya nak borang rayuan/pertukaran sekolah anak saya,tahun 1 sesin 2011dari bba8227 SK SEAFIELD KE BBA8266 SK DOTA’ ONN JAAFAR

Post a comment