Sejarah Sekolah

Sekolah ini dibina pada tahun 1984 sebagai Projek Kilat ‘pasang siap’ kerana pertambahan penduduk yang pesat di Subang Jaya. Pada masa ini hanya dibina 2 blok bangunan satu tingkat sahaja.

Sekolah mula dibuka pada 1 Januari 1985 dengan menempatkan 18 orang guru dan 700 orang murid. Pada peringkat ini hanya murid tahun 1 hingga tahun 4 belajar di sekolah ini.

Sebagai menampung pertambahan bilangan murid, bangunan telah ditambah sehingga menjadi 6 blok dengan 2blok bangunan tiga tingkat. Sati blok setingkat telah disumbangkan oleh pihak pemaju perumahan (UEP)

Sekarang SKSSJ mempunyai murid seramai 592 orang dengan 40 orang guru serta dibantu oleh 4 orang staf sokongan dan 2 orang pekerja swasta.

  • Comments Off
-------------------------------------------------------------------------------------
Berita Terbaru:
    None Found