Disiplin

Pengenalan

Bilik Disiplin
email: disiplinskssj@yahoo.com

Guru-guru Disiplin 2010

En. Nor Haizam Bin Ahmad (Ketua)
Pn. Rosmani Bt. Kadir (Pen. Ketua)
Pn. Masrurah Bt. Zainal Abidin (Setiausaha)
En. Aizil Azhar Bin Ibrahim
En. Shamsul Anis Bin Ismail
Pn. Bavanee a/p Gopal

Aktiviti

1. Sport Check Bulanan
2. Kem Kepimpinan PengawasKlik foto Kem
3. Majlis Pelantikan Pengawas
4. Tayangan video mengenai masalah disiplin

Surat Pekeliling

Larangan Membawa Hand Phone Ke Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009:
Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah

Kepada: Semua Ibu Bapa / Penjaga, Murid-murid Pra Sekolah dan Murid-murid Tahun 1,2,3,4,5,6

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS-Dsr)201/002/1 Jld 2(2) bertarikh 25 Mac 2009 berkaitan perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu ketetapan iaitu untuk menguatkuasakan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh murid di sekolah kerana ia banyak menimbulkan kesan yang negatif terutamanya mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran murid.

3. Pihak sekolah telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menguatkuasakan sepenuhnya larangan tersebut dengan serta merta. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah dan asrama sekolah oleh murid-murid adalah merupakan satu kesalahan disiplin. Murid-murid yang telah sah didapati melanggar peraturan tersebut boleh diambil tindakan disiplin dan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan.

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah diharapkan bagi menasihati dan mengingatkan anak tuan agar mematuhi larangan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,
(Pn Sh Fatimah Sd Ahmad)
Guru Besar SK Sri Subang Jaya

  • Comments Off
-------------------------------------------------------------------------------------
Berita Terbaru:
    None Found