Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi tahun 2011 & 2012

Posted on March 14th, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA)
KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012
SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

TARIKH: 1 MAC HINGGA 30 APRIL 2010

Masa           :      Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 4.00 petang)

Tempat      :      Pejabat Sekolah SK Sri Subang Jaya

Kelahiran pada :
02.01.2004 – 01.01.2005  (Sesi Persekolahan 2011)
02.01.2005 – 01.01.2006  (Sesi Persekolahan 2012)

Sila bawa bersama :
1.       Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat asal
2.       Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air)
3.       Satu salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga
4.       Sampul surat putih bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm)
5.       Setem 30 sen

Untuk makluman kepada ibu bapa, mulai tahun ini urusan pendaftaran murid tahun satu di Negeri Selangor boleh dilakukan secara Online (dalam talian) melalui sistem Pengurusan, Pemohonan dan Semakan Murid Tahun 1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Capaian kepada sistem boleh dilakukan melalui :

1.   Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/
. (Klik Pendaftaran Murid Tahun 1) atau

2.   Alamat web http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah ini dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.