SKSSJ Menang lagi

Posted on March 31st, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

Pasukan bolasepak SKSSJ menang lagi perlawanan kedua hari ini dengan mencatat kemenangan 7 gol tanpa bolos dengan SR Integrasi Darul Ehsan.

Semalam kami menang sebanyak 6 gol tanpa bolos dengan SK Kg Lindungan.

Semoga esok menjadi detik kemenangan lagi buat pasukan kita yang akan menentang SK Bandar Sunway.

Teruskan dan gandakan usaha.

Majulah sukan untuk sekolah dan negara.

Pertandingan Bola Sepak (Rendah) Zon H MPSJ

Posted on March 31st, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

Sk Sri Subang Jaya telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bola Sepak (Rendah) Zon H MPSJ

MSSD Petaling Perdana

Pertandingan ini berlangsung pada:

Tarikh: 30 Mac hingga 2 April 2010
Hari: Selasa hingga Jumaat
Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Sebanyak 8 pasukan yang bertanding, iaitu:

KUMPULAN A

  1. SK SS 17, SUBANG JAYA
  2. SK SS 19, SUBANG JAYA
  3. SK SERI SELANGOR
  4. SK SUBANG JAYA

KUMPULAN B

  1. SK SRI SUBANG JAYA
  2. SK BANDAR SUNWAY
  3. SK KG LINDUNGAN
  4. SR INTEGRASI DARUL EHSAN

Kem Bestari Solat 1

Posted on March 23rd, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

Pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Kem Bestari Solat (1) pada:

Tahun 4 & 5

Hari : Rabu
Tarikh: 24 Mac 2010
Masa: 1.00 ptg – 4.15 ptg
4.30 ptg – 6.00 ptg (KoKu)

Tahun 1, 2 & 3

Hari: Sabtu
Tarikh: 27 Mac 2010
Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengahari

Alat-alatan:

1. Songkok (murid lelaki)
2. Telekung (murid perempuan)
3. Selipar
4. Alat tulis

Makanan dan minuman akan disediakan.

Peringatan: Kehadiran KBS adalah WAJIB

Gambar Pengarah JPN Selangor

Posted on March 20th, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil
Posted by admin in http://pkg-petaling.net/v1/on March 20th, 2010

Kepada sekolah yang inginkan gambar pengarah Jabatan Pelajaran Selangor anda boleh mendapatkan di laman web kami. En Sulaiman bin Wak adalah pengarah JPN Selangor yang terbaharu menggantikan pengarah sebelum ini iaitu Dr Zahari yang berpindah ke Jabatan lain.

Tahniah diucapkan kepada En Sulaiman bin Wak di atas perlantikan yang baru ini dan pihak kami mengucapkan selamat datang.

Sumber dari: http://pkg-petaling.net/v1/2010/03/11/gambar-pengarah-jpn-selangor/

Olahragawan & Olahragawati 2010

Posted on March 20th, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil


Please click on the picture to see larger version

Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi tahun 2011 & 2012

Posted on March 14th, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA)
KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012
SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

TARIKH: 1 MAC HINGGA 30 APRIL 2010

Masa           :      Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 4.00 petang)

Tempat      :      Pejabat Sekolah SK Sri Subang Jaya

Kelahiran pada :
02.01.2004 – 01.01.2005  (Sesi Persekolahan 2011)
02.01.2005 – 01.01.2006  (Sesi Persekolahan 2012)

Sila bawa bersama :
1.       Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat asal
2.       Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air)
3.       Satu salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga
4.       Sampul surat putih bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm)
5.       Setem 30 sen

Untuk makluman kepada ibu bapa, mulai tahun ini urusan pendaftaran murid tahun satu di Negeri Selangor boleh dilakukan secara Online (dalam talian) melalui sistem Pengurusan, Pemohonan dan Semakan Murid Tahun 1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Capaian kepada sistem boleh dilakukan melalui :

1.   Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/
. (Klik Pendaftaran Murid Tahun 1) atau

2.   Alamat web http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah ini dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.

Pengumuman Terkini & Sensasi: TST SKSSJ 2010

Posted on March 2nd, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

Temasya Sukan Tahunan kali yang ke-19

SKSSJ 2010

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa SK Sri Subang Jaya akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan bagi tahun ini pada:

Hari: Sabtu
Tarikh: 6 Mac 2010
Tempat: Padang SKSSJ
Jam: 8.00 pagi – 1.00 tengahari

Semua ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah ini dijemput hadir. Tidak lupa juga dijemput bekas murid-murid SKSSJ. Jangan lupa memberikan sokongan padu kepada murid-murid yang mengambil bahagian.

4 rumah pasukan yang bertanding:

1. Rumah Biru
2. Rumah Hijau
3. Rumah Merah
4. Rumah Kuning

Sila undi sekarang. Pasukan rumah mana yang akan menjadi JUARA pada Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini.

Undi Sekarang di http://srisubangjaya.blogspot.com/

[polldaddy poll="2779473"]

Foto Larian SKSSJ 2010

Posted on March 2nd, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2010

Posted on March 1st, 2010 in SKSSJ by ustaz_aizil

Majlis  telah diadakan di Laman Bestari .

Tarikh: 1 March 2010
Hari: Isnin
Tempat: Laman Bestari

Pelantikan tiga unit pengawas iaitu:

1. Pengawas sekolah
2. Briget Saiber dan
3. Pengawas ICT

Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn. Sharifah Fatimah bt. Syed. Ahmad .

Foto Ketua dan Penolong Ketua Pengawas SKSSJ 2010


Please click
on the picture to see larger version