Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2010
SKSSJ akan mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 bagi Sesi 2010 pada:
Hari: Sabtu
Tarikh: 21 Nov 2009
Semua yang terlibat dijemput hadir.
SKSSJ akan mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 bagi Sesi 2010 pada:
Hari: Sabtu
Tarikh: 21 Nov 2009
Semua yang terlibat dijemput hadir.
Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan SKSSJ akan diadakan pada:
Hari: Khamis 19 Nov 2009
Surat Pekeliling
Larangan Membawa Hand Phone Ke Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009:
Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah
Kepada: Semua Ibu Bapa / Penjaga, Murid-murid Pra Sekolah dan Murid-murid Tahun 1,2,3,4,5,6
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS-Dsr)201/002/1 Jld 2(2) bertarikh 25 Mac 2009 berkaitan perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu ketetapan iaitu untuk menguatkuasakan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh murid di sekolah kerana ia banyak menimbulkan kesan yang negatif terutamanya mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran murid.
3. Pihak sekolah telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menguatkuasakan sepenuhnya larangan tersebut dengan serta merta. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah dan asrama sekolah oleh murid-murid adalah merupakan satu kesalahan disiplin. Murid-murid yang telah sah didapati melanggar peraturan tersebut boleh diambil tindakan disiplin dan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan.
4. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah diharapkan bagi menasihati dan mengingatkan anak tuan agar mematuhi larangan ini.
Sekian, terima kasih.
Yang menurut perintah,
(Pn Sh Fatimah Sd Ahmad)
Guru Besar SK Sri Subang Jaya